Menjelang tahun 1920, sekumpulan Orang Foochow mula berhijrah ke kawasan sebelah kanan Pulau Keladi yang terletak di sebelah Hulu Sungai Rajang. Mereka menanam pokok-pokok getah dan sayur-sayuran sebagai rezeki masing-masing. Kehidupan mereka di sini semakin bertambah baik akibat kenaikan harga tinggi getah. Kenaikan getah ini telah menyebabkan peningkatan penambahan penghuni hari demi hari.
Pada masa itu, penghuni-penghuni terpaksa menghantarkan anak-anak mereka ke bandar Sibu terletak jauh dari Pulau Keladi, penghuni-penghuni merasakan ini amat menyusahkan mereka. Memandangkan kepentingan pendidikan anak-anak mereka maka satu jawatankuasa penubuhan sekolah dibawah pimpinan Encik Choo Chuo Pang dan bekerjasama daripada Persatuan Methodist telah berjaya mendirikan SRB Hang Kwong pada tahun 1926.
Disebabkan bangunan sekolah semakin hari semakin rosak yang akan mengancamkan keselamatan pelajar-pelajar , maka pada 25.8.1959, Lembaga Pengurus Sekolah telah membeli seeker tanah untuk mendirikan sebuah bangunan baru. Pihak sekolah telah mendapatkan peruntukan khas daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi penyelenggaran bangunan dan kemudahan pendidikan di sekolah pada masa itu.
Sejarah SJK© Hang Kwong telah melebihi 90 tahun. Bilangan murid yang paling banyak melebihi ratus orang, tetapi kini hanya tinggal 15 orang murid disebabkan kebanyakan penghuni telah berpindah ke bandar.